Monday, July 18, 2011

budak-budak ni

16 dan 17 Julai 2011
ini tarikh untuk gathering budak-budak ex-pdt matrik melaka batch 2008/2010.

tarikh ni dah macam tarikh keramat untuk aku sebab aku sangat tertunggu-tunggu ketibaan hari ni. kenapa?
ni lah tarikh gathering budak-budak matrik batch aku.
aku rindu gila membe-membe ex-pdt aku!
ramai jugak yang join gathering ni haritu.
sape je ek.
ade rahim,afeb,fathul,napi,syaedi,zik,black,jern,kem,balie dan juga aku.ada lah dalam 11 orang.dah boleh buat satu team bola dah.  :)

plan asalnye kitorang gerak rumah zik 16 aribulan petang macam tu lah.plan sampai dlm petang then mandi swimming pool sume malam tu pulak kitorang nak BBQ.then ahad 17 tu lepak-lepak kejap then balik lah.
patutnye 16 tu kitorang dah pegi rumah zik dah kat hartamas tu.tapi disebabkan berlaku sedikit situasi plan tu terpaksa diubah.so in the end kitorang pegi rumah zik 17 haribulan.iaitu hari ahad.

disebabkan pertukaran plan tu aku ada lah rasa sedikit kecewa sebab aku memang dah tak sabar-sabar dah nak jumpa membe-membe aku.maklumlah nak dekat setahun since last kitorang jumpa.itupun masa last day kat matrik tu.kecuali rahim lah sebab aku dah banyak kali jumpa dia.rahim rajin jenguk aku kat upm.  ^^ v

walaupun plan dah bertukar dan kitorang kena gather ahad tu,tapi aku beserta tiga rakan lain buat plan baru.kali ni aku cadangkan afeb,rahim ngan fatul datang and stay rumah aku hari sabtu tu.then ahad boleh call syaedi untuk amek kitorang kat klang ni.boleh lepak-lepak,borak ape sume.nak catch up dengan perihal membe-membe katekan. hehe.

ape yang diorang buat kat rumah aku tu tak payah cerita lah kan.kita skip terus kat cerita ahad 17 haribulan tu.   n_n

so.
pagi ahad tu syaedi sampai rumah aku dalam pukul 8 pagi.masa tu afeb sorang je yang dah bangun.aku rahim ngan fatul still tido lagi.syaedi masuk rumah aku je terus mencarut-carut.haha.penat-penat die datang awal rumah aku tapi kitorang terbongkang lagi dalam selimut.
sorry syaedi. ^^ v

mula-mula kitorang ingat nak gerak satu kereta je.naik kereta peugeot 1.8 syaedi.haha.napi decide nak ikut so kereta syaedi tak muat nak naik 6 orang.aku pun kena lah drive sekali.hehe.
afeb ngan fatul naik kereta aku and rahim ngan napi naik kereta syaedi.

kitorang bertolak nak pegi mid valley.sebab kat situ lah tempat kitorang nak jumpa the rest of the group.lepas dah jumpa then baru kitorang gerak rumah zik.

dari start je kitorang dah ada problem.actually aku lah yang ada problem.
bukan apa.syaedi bawak laju gila.dia lupa yang aku ni tak tau jalan.haha.aku boleh kejar sebenarnya tapi banyak gila kereta-kereta yang lembab block jalan aku.so aku pun tak dapat nak kejar syaedi sampai kereta dia hilang dari pandangan.

fatul pun sengal jugak.bukannye dia nak alert kereta syaedi pegi mana.dia boleh leka pulak.
aku nak bagitau yang ni bukan salah aku.tapi salah fatul sebenarnya. ^^ v

lepas tu pulak aku tersalah jalan.syaedi cakap kat aku nak guna federal highway.tapi aku masuk mana tah.mula-mula nak cari jalan untuk buat u-turn.tapi bila dah jauh sangat aku pegi kitorang terpaksa lah cakap kat group syaedi suruh diorang gerak dulu.aku afeb dan fatul pun mulalah perjalanan sendiri untuk mencari jalan ke mid valley.

tapi setelah mencuba dengan bersunggu-sungguh aku cuma mampu sampai kat kl sentral je.sampai sana aku dengan fatul cuba lah try tanya ada abang polis ni macam mana nak pegi mid valley dari kl sentral.
die terang panjang lebar dengan sangat detail.aku dengan fatul pun angguk-angguk kepala bila dia terang tu.last sekali abang tu kata

"korang jelas tak ni?"

aku ngan fatul pun kata

"jelas bang"

lepas cakap terima kasih kat abang tu kitorang pun pegi lah balik kat kereta.masuk-masuk kereta aku pun start lah untuk jalan.tapi tak jauh dari tempat kitorang tanya abang tu aku pun cakap lah kat fatul

"tul,kau ingat tak apa abang tadi tu kata? lepas ni kita kena ambik simpang mana ek?"

fatul pun jawab

"jap-jap,aku cuba ingat balik.aku rasa kita kena ambik simpang kanan tu.ha!tengok signboard tu.jalan mahameru.aku rasa yang tu lah."

so aku pun ambik simpang jalan mahameru tu.tapi tak sampai 5 minit aku dengan fatul pun rasa ragu-ragu.in the end kitorang ambik jalan patah balik pegi kl sentral.sampai-sampai je kl sentral aku dengan fatul dua-dua setuju.

"kita tak ingat lah apa abang tu cakap"

kesimpulannya bila orang tanya jelas ke tak.kita jawab jujur-jujur.kalau tak jelas tu tanya lah balik.jangan buat konfiden je. ^^ v

akhirnya kitorang decide nak tunggu syaedi datang kl sentral nak guide kitorang.masa syaedi sampai tu bukan kereta dia je yang datang.tapi ada satu lagi kereta ikut belakang dia.kereta myvi putih.bila keluar je orang dalam kereta tu kitorang pun nampak lah black,jern ngan kem.
wah~! makin ramai dah rombongan ke rumah zik ni.

dan kami pun teruskan perjalanan ke rumah zik.

sesampai kat rumah zik kitorang pun borak-borak lah.
afeb ngan sape tah pegi beli kfc.
lepas kfc sampai kitorang pun ready nak turun.

mandi swimming pool!! hehehe..

masa mandi swimming pool ni lah yang best.macam-macam kitorang buat.
lompat sana lompat sini.terjun.
fuhh! memang syok gila.
kitorang pun ada main water polo jugak.

yang penting team aku menang lah.hahahahaha.
team aku ada balie,afeb,rahim,fatul dan yang penting sekali aku lah.sebab aku yang star.tu pasal menang tu.
^^ v

kitorang habis aktiviti kat swimming pool tu dalam pukul 7 lebih.lepas naik sume kitorang pun ready-ready lah nak balik rumah masing-masing.aku memang kena balik awal lah sebab esoknya aku kerja.

bila dah balik tu aku rasa sangat puas.
dah sekian lama tak lepak dengan budak-budak tu.dapat jugak jumpa diorang.
gathering yang lepas aku tak dapat join.sebab bapak aku tak bagi.
tu yang aku dah lama tak jumpa diorang tu.

bila sampai kat rumah aku pun terfikir.
bila lagi lah nak jumpa diorang ni.
sebab nanti masing-masing dah busy.dah susah nak set masa nak buat gathering lagi.
dua tahun aku kat matrik aku jumpa diorang nak dekat tiap-tiap hari.bila dah masuk uni kitorang dah tak sama-sama lagi dah.sume dah terpisah.masing-masing dah jauh.
kena tunggu lama lagi.

aku rindu gila kat budak-budak ni.dapat jumpa sehari pun dah cukup puas.
penat tapi memang puas.

ada masa kita jumpa lagi ekk lain kali.thanx kawan-kawan!



gambar kitorang dalam air.jern ngan black takde.dorang tak masuk air.
dari kanan: aku,rahim,kem,napi,fatul,zik,syaedi,balie,afeb.
masa ni ada mat salleh amek gambar kitorang ^^


4 comments:

  1. bila tengok muke rahim tu dkat gamba tu...rase mcm pnah jumpe je... hahahahahaha...

    ReplyDelete
  2. hai cik ngade ngade.nama saya rahim.
    kan kita dating slalu.tak igt ke?haha

    ReplyDelete